Friday 22 February 2013





Lama tak menulis akibat sibuk mencari pekerjaan. Setelah cukup duit mula aktifkan balik minat aquascape. Mula-mula nak cuba guna BorneoWild Growth. Sebab sebelum ni guna brand murah dan hasilnya pokok tak berapa nak tumbuh. Mesti pucuk-pucuk baru kecil je, terbantut pokok tu. Java fern pun asyik jadi hitam daunnya dan gugur satu demi satu.


Lepas ni rancangan seterusnya shutdown tank crayfish dan upgrade tank yang ada. Mungkin akan beli tank karbon dioksida supaya aku dapat beli dan tanam pokok yang agak limited jika tak guna karbon dioksida. 



P/s: Baja lama aku guna untuk tank RCS, habis genocide berlaku! Nasib baik sempat halang sebelum pupus semua generasi udang. Patut tiap baja cecair perlu beritahu sesuai atau tak untuk tank yang ada udang.

Sunday 16 December 2012

Tank Selepas 6 Bulan



Lama tak menulis kerana sibuk mencari kerja. Payah sekarang ni nak dapat kerja. Ini update tank udang selepas 6 bulan yang hanya menggunakan konsep low-tech supaya aku tak perlu risau untuk jaga selalu.


Java moss sudah tumbuh dengan baik tanpa sebarang baja, moss ball pun nampaknya masih hidup walaupun hanya hidup dalam air suam tanpa cahaya yang kuat. Pokok untuk cover background masih dalam proses untuk membesar (Hydrotriche hottoniiflora?) dan sebagai mid ground atau untuk bagi effect karpet aku tanam pennywort. Tapi memang lambat  dorang tumbuh sebab tak ada sumber karbon dioksida, sesuai untuk orang yang sabar menunggu hasil.













Red cherry shrimp ini pun tak ada masalah, walaupun ada yang mati akan sentiasa udang yang bertelur, mungkin boleh dibuat lagi satu tank bila dah cukup mahir landscapping. (Teringin jadi jurukamera alam semulajadi)


Sunday 8 July 2012

Bio-fertilizer



Kali ini lari sedikit dari topik, anda tahu apa bio-fertilizer? Kalau diterjemahkan bermaksud baja biologi. Ia mengandungi mikroorganisma yang baik untuk pembesaran tumbuhan yang selalunya dibuat dengan menggunakan bahan organik tanpa menggunakan bahan kimia. Baja menggunakan sumber organik memang tebukti lebih sesuai untuk tumbuhan serta mesra alam berbanding baja kimia berbentuk biji yang memanaskan tumbuhan serta merosakkan keadaan tanah pada jangka masa panjang.


Di rumah, baja ini dibuat sendiri. Baja cecair dari sisa buah-buahan ini akan dibiarkan dalam keadaan anaerobic (keadaan tanpa oksigen) selama satu minggu bagi membiakkan mikroorganisma dan bakteria yang baik untuk tumbuhan sebelum disiram kepada pokok di sekitar rumah. Setakat ini, pokok tidak mengalami masalah dan tumbuh dengan lebih sihat. Antara pokok yang sesuai dengan baja cecair buatan sendiri ini ialah kunyit, cili, serai, tomato, orkid, dan lain-lain


Bagi mereka yang suka berkebun di kawasan bandar, tapi mempunyai keadaan tanah yang tidak subur serta ingin mencuba baja cecair organik buatan sendiri ini boleh menghubungi saya untuk tempahan :)

Tuesday 3 July 2012

Red Cherry Shrimp Updated



Berkumpal ramai-ramai masa waktu makan! populasi pun makin bertambah dengan anak-anak udang yang baru menetas. Kalau makin banyak boleh expand buka lagi satu akuarium.


Tambah pokok rotala di bahagian belakang akuarium yang nampak kosong. Sume pakat nak memanjat pokok ni. Activated carbon juga diletakkan dalam akuarium ini untuk hilangkan warna air yang kuning, tapi macam tak berkesan sangat pun


Ingat nak upgrade jadi high-tech tank supaya dapat tampung banyak pokok yang lawa-lawa, tapi mahal tong karbon dioksida ni, harga dengan tambah dia punya diffuser dalam RM 280, mana nak cari duit??


Kalau dapat bacopa australis pun bagus juga, tapi kedai di kawasan ini tak jual pula.

Sunday 24 June 2012

Red Cherry Shrimp



Akhirnya berjaya juga bela red cherry shrimp yang dikatakan paling senang untuk dijaga bagi yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini. Beli dalam 20 ekor saiz sederhana beserta anak-anak udang yang halus. Setakat ini cuma 3 ekor mati, jadi tukar air untuk pastikan level ammonia rendah.


Ada diantaranya membawa telur diperut, harap-harap berjaya membiakkan dalam tank low-tech ini. Sangat aktif ketika mula-mula dilepaskan ke dalam akuarium, habis semua java moss bersih dari habuk.










Ada diantara udang ini telah bersalin kulit serta nampak lebih merah setelah beberapa hari. Warna mereka akan menjadi lebih merah jika pasir yang digunakan bewarna gelap. Yang pastinya sangat seronok melihat mereka berjalan serta merayap di kayu mencari makanan.


Tank nampak kosong,mungkin akan tambah bacopa dibahagian kiri dan belakang sebagai background



P/S: Jika sesiapa ada cadangan atau nasihat boleh la kongsi bersama yek!


Wednesday 20 June 2012

Crayfish



Crayfish ini dijual agak mahal di kedai-kedai ikan. Bagi sesiapa yang beli, mesti tertarik sebab nampak macam lobster. Setakat ini aku ada duit ekor udang ni. Antara tip-tip yang aku boleh beritahu :

  • Jangan bela dalam akuarium yang ada tumbuhan betul, habis semua pokok dia potong dan makan. Mula-mula aku ingat ada kebanjiran siput yang sebabkan daun pokok berlubang, sekali dorang ni penyebabnya.
  • Boleh makan makanan tablet yang jatuh ke dasar kadang-kadang akan menangkap makanan ikan di dalam air. 
  • Hanya akan menangkap ikan yang sakit. Jadi tak perlu risau kalau bela bersama ikan. Ikan emas yang slow tu pun dia tak dapat tangkap.
  • Selalunya akan bersalin kulit apabila air akuarium ditukar/ tak pun kalau bagi makan banyak sangat.
  • Crayfish ini suka naik ke permukaan air serta memanjat, pastikan akuarium ditutup rapat, kalau tak akan keluar merayau-rayau dalam rumah. (mereka boleh hidup beberapa hari di darat)
  • Pastikan ada banyak tunggul kayu untuk mereka memanjat serta sembunyi jika teringin bela lebih dari seekor, kalau tak jadi macam aku, yang kecil kena 'snap' (sepit putus)
  • Crayfish ini sukakan dasar berpasir untuk mereka cari sisa-sisa makanan
  • Sangat senang untuk dijaga, sekadar perlukan air yang bersih.
  • Berwarna lebih gelap jika dalam akuarium dipenuhi kayu, mungkin untuk sesuaikan  warna dengan persekitaran


Monday 18 June 2012

Akuarium Dalam Pembinaan



Akuarium ini bersaiz kecil sebab duit tak berapa nak ada dan aku memang nak saiz kecil supaya muat letak dalam bilik aku yang kecil ni. Mula-mula, letak tanah yang mengandungi segala baja dan nutrient untuk pokok, korang boleh beli tanah brand ADA kalau ada banyak bajet.




Aku tambahkan dengan tanah campuran sebab tanah Florapol aku tak cukup. Cuba mampatkan tanah dengan tangan supaya tiada lubang udara terperangkap bila masukkan air.




Lepas itu, letakkan lapisan pasir sedikit tebal untuk pastikan tanah dibawah tak terapung atau terlarut dalam air.




Bila fisrt time letak air,macam ini la jadinya. Biarkan tanah jatuh ke bawah dulu, lepas itu korang boleh tuka semula air. Jangan lupa letak anti-klorin




Orait, air akuarium dah jernih, mase aku beli akuarium ini, hanya ada marimo ball sahaja, memang jadi center of attraction! Pam air beli yang kecil je, sebab untuk udang je tank ini, tapi pastikan ada filter jaring supaya tak ada anak udang tersedut masuk dalam pam. 















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...