Sunday 24 June 2012

Red Cherry Shrimp



Akhirnya berjaya juga bela red cherry shrimp yang dikatakan paling senang untuk dijaga bagi yang baru berjinak-jinak dengan hobi ini. Beli dalam 20 ekor saiz sederhana beserta anak-anak udang yang halus. Setakat ini cuma 3 ekor mati, jadi tukar air untuk pastikan level ammonia rendah.


Ada diantaranya membawa telur diperut, harap-harap berjaya membiakkan dalam tank low-tech ini. Sangat aktif ketika mula-mula dilepaskan ke dalam akuarium, habis semua java moss bersih dari habuk.










Ada diantara udang ini telah bersalin kulit serta nampak lebih merah setelah beberapa hari. Warna mereka akan menjadi lebih merah jika pasir yang digunakan bewarna gelap. Yang pastinya sangat seronok melihat mereka berjalan serta merayap di kayu mencari makanan.


Tank nampak kosong,mungkin akan tambah bacopa dibahagian kiri dan belakang sebagai background



P/S: Jika sesiapa ada cadangan atau nasihat boleh la kongsi bersama yek!


Wednesday 20 June 2012

Crayfish



Crayfish ini dijual agak mahal di kedai-kedai ikan. Bagi sesiapa yang beli, mesti tertarik sebab nampak macam lobster. Setakat ini aku ada duit ekor udang ni. Antara tip-tip yang aku boleh beritahu :

  • Jangan bela dalam akuarium yang ada tumbuhan betul, habis semua pokok dia potong dan makan. Mula-mula aku ingat ada kebanjiran siput yang sebabkan daun pokok berlubang, sekali dorang ni penyebabnya.
  • Boleh makan makanan tablet yang jatuh ke dasar kadang-kadang akan menangkap makanan ikan di dalam air. 
  • Hanya akan menangkap ikan yang sakit. Jadi tak perlu risau kalau bela bersama ikan. Ikan emas yang slow tu pun dia tak dapat tangkap.
  • Selalunya akan bersalin kulit apabila air akuarium ditukar/ tak pun kalau bagi makan banyak sangat.
  • Crayfish ini suka naik ke permukaan air serta memanjat, pastikan akuarium ditutup rapat, kalau tak akan keluar merayau-rayau dalam rumah. (mereka boleh hidup beberapa hari di darat)
  • Pastikan ada banyak tunggul kayu untuk mereka memanjat serta sembunyi jika teringin bela lebih dari seekor, kalau tak jadi macam aku, yang kecil kena 'snap' (sepit putus)
  • Crayfish ini sukakan dasar berpasir untuk mereka cari sisa-sisa makanan
  • Sangat senang untuk dijaga, sekadar perlukan air yang bersih.
  • Berwarna lebih gelap jika dalam akuarium dipenuhi kayu, mungkin untuk sesuaikan  warna dengan persekitaran


Monday 18 June 2012

Akuarium Dalam Pembinaan



Akuarium ini bersaiz kecil sebab duit tak berapa nak ada dan aku memang nak saiz kecil supaya muat letak dalam bilik aku yang kecil ni. Mula-mula, letak tanah yang mengandungi segala baja dan nutrient untuk pokok, korang boleh beli tanah brand ADA kalau ada banyak bajet.




Aku tambahkan dengan tanah campuran sebab tanah Florapol aku tak cukup. Cuba mampatkan tanah dengan tangan supaya tiada lubang udara terperangkap bila masukkan air.




Lepas itu, letakkan lapisan pasir sedikit tebal untuk pastikan tanah dibawah tak terapung atau terlarut dalam air.




Bila fisrt time letak air,macam ini la jadinya. Biarkan tanah jatuh ke bawah dulu, lepas itu korang boleh tuka semula air. Jangan lupa letak anti-klorin




Orait, air akuarium dah jernih, mase aku beli akuarium ini, hanya ada marimo ball sahaja, memang jadi center of attraction! Pam air beli yang kecil je, sebab untuk udang je tank ini, tapi pastikan ada filter jaring supaya tak ada anak udang tersedut masuk dalam pam. 















Akuarium Low-tech


Target aku untuk jadikan tank aku selawa ini



Selamat datang ke blog KakiAkuarium! Blog ini dibuat demi minat aku yang semakin membara terhadap akuarium, lebih-lebih lagi akuarium versi ditanam dengan tumbuhan hidup. Akuarium dengan tumbuhan hidup agak mencabar sebab banyak faktor kita kena fikirkan seperti tanah, baja, cahaya, keperluan karbon dioksida & lain-lain.


Aku bukan pakar sangat bidang ini, baru aktif balik, sebelum ini sibuk belajar di selatan tanah air, jadi agak payah nak pantau akuarium dari kolej. Gambar akuarim di atas aku buat untuk membela Red Cherry Shrimp, teringin nak lihat mereka merayap dalam akuarium sambil mencari makanan.





Ini baru akuarium aku





Akuarium ini versi low-tech iaitu tidak memerlukan karbon dioksida yang mahal (RM 180 1 tong), jadi kena cari pokok yang tidak memerlukan banyak karbon dioksida. Pokok yang aku tanam ialah Java Moss( paling senang nak jaga serta udang suka), Glosso (beli pasal suka, padahal perlu cahaya yang banyak & CO2!), dan Marimo Ball ( melalui google: lebih baik hidup dalam suhu sejuk, bilik aku pula panas).

Bagi tanah aku guna Florapol keluaran JBL, ditutup dengan campuran tanah hitam & atas sekali aku letak pasir sungai. Kayu itu aku beli dan rendam dalam air panas dulu untuk bunuh serangga yang hidup dalam kayu serta untuk lunturkan tanin yang akan buat air akuarium bewarna coklat.


Tanah yang digunakan


Dalam pam aku ada letakkan JBL MircoMec untuk rendahkan tahap nitrate dan ammonia serta dengan harapan air akuarium jernih.



Nampak la perbezaan, air jadi lebih jernih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...