Monday 18 June 2012

Akuarium Low-tech


Target aku untuk jadikan tank aku selawa ini



Selamat datang ke blog KakiAkuarium! Blog ini dibuat demi minat aku yang semakin membara terhadap akuarium, lebih-lebih lagi akuarium versi ditanam dengan tumbuhan hidup. Akuarium dengan tumbuhan hidup agak mencabar sebab banyak faktor kita kena fikirkan seperti tanah, baja, cahaya, keperluan karbon dioksida & lain-lain.


Aku bukan pakar sangat bidang ini, baru aktif balik, sebelum ini sibuk belajar di selatan tanah air, jadi agak payah nak pantau akuarium dari kolej. Gambar akuarim di atas aku buat untuk membela Red Cherry Shrimp, teringin nak lihat mereka merayap dalam akuarium sambil mencari makanan.





Ini baru akuarium aku





Akuarium ini versi low-tech iaitu tidak memerlukan karbon dioksida yang mahal (RM 180 1 tong), jadi kena cari pokok yang tidak memerlukan banyak karbon dioksida. Pokok yang aku tanam ialah Java Moss( paling senang nak jaga serta udang suka), Glosso (beli pasal suka, padahal perlu cahaya yang banyak & CO2!), dan Marimo Ball ( melalui google: lebih baik hidup dalam suhu sejuk, bilik aku pula panas).

Bagi tanah aku guna Florapol keluaran JBL, ditutup dengan campuran tanah hitam & atas sekali aku letak pasir sungai. Kayu itu aku beli dan rendam dalam air panas dulu untuk bunuh serangga yang hidup dalam kayu serta untuk lunturkan tanin yang akan buat air akuarium bewarna coklat.


Tanah yang digunakan


Dalam pam aku ada letakkan JBL MircoMec untuk rendahkan tahap nitrate dan ammonia serta dengan harapan air akuarium jernih.



Nampak la perbezaan, air jadi lebih jernih


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...